Jadinya kena la awal2 pagi bgn bersiap dan bersarapan, sarapan memng dah package sekali dgn bilik utk 2 org. Menu sarapan dia biasa jer, kita ambik roti gan jem jer, cukup la tu kan, tapi kat hotel ni breakfast dia ada menu x halal, so be careful.Yg x bestnya hotel ni x da lift, dah tu bilik kitaorg kat tinggkat 4 pulak tu ayo yo....x pe bakar sikit kalori dah asyik naik turun tangga kannn...
Menu sarapan pagi yg biasa - roti, telur, pancake dan fruit.
Sebelum bergerak posing dulu kat area hotel.
Untuk persinggahan yg pertama, kami dibawa ke tempat melihat tarian Barong, tapi masing2 x berminat utk masuk sebab kita org semua dah tgk tarian tu, makanya x jadi la masuk, just snap2 gambar jer kat pintu masuk kat sini. Harga utk masuk tgk tarian ni berharga dlm 200k rupiah klu x silap.
Second place pak supir membawa kami ke Pusat oleh-oleh bali yang bernama Cahayu Bali, kat sini byk jual manisan n jajan, baju2, dll.Tempat yg ketiga masih tempat oleh-oleh, nama tempat sudah lupa la, kat sini kawasannya cantik,hiasan dalaman dia ada byk patung2 dan ukiran batu.Kat sini byk pakaian dan kain batik jawa.
Di Pusat Oleh-Oleh Bali- Cahayu Bali.
Semua gambar diatas di tempat ketiga yg kita pi, hiasan dalaman yg cantik dgn ukiran2 di dinding.
Kebetulan ada sesi fotografi lak kat sini, so we all ambik kesempatan la snap2 sikit.
Setelah puas membeli kain dan baju, kami dibawa pula ke tempat membuat dan menjual silver dan emas, nama tempatnya Sari Dewi Gold and Silver Collection. Kat sini x beli apa2 pun, sebabnya mahal weii harga dlm USD tu nampak mcm x berbaloi jer klu beli, agaknya Pak Supir ni ingat kami ni orang kaya ke, dia bawak lak tempat mahal2....ish ish. Sekejab jer kat sini, lepas tgk cara2 tukang2 ni buat emas dan gold, kita org gerak ke Gunung Kintamani.
Di dlm Sari Dewi Silver and Gold Collection.
Akhirnya kami sampai juga di Gunung Kintamani, tahu2 jer dah sampai, mana x nya dlm perjalanan ke gunung ni senyap jer, semua batai tido.Rugi2 kan, nk buat mcmana dah lebam. Lama gak perjalanan ke gunung ni dari area Kuta. Jalan pun sempit dan Pak supir kami ni asyik2 tekan hon, x pulak org kat sana marah, mungkin sebab dah jadi kebiasaan orang sana memandu kot.Sejuk dan nyaman jer rasa udara disini, mcm kat Genting Highland, cuaca panas tapi udara sejuk.
Selepas kami habis berposing2 berlatar belakangkan Gunung Kintamani, perut pun lapar, time for lunch. Jadinya pi mkn dekat disini aje, restoran yg menyediakan makanan jenis buffet.
suasana di dlm restoran di kintamani.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar untuk melihat sawah padi betingkat( rice terrace). Kemudian Pak supir lagi sekali membawa kami ke tempat silver dan gold, mak aiii, kedai yg ni lagi la standard, nampak lagi mewah agaknya dia memng ingat kitaorg ni orang kaya sgt la kot, ish2...x sesuai tul, kami just snap2 kat sini jer sebab sini byk patung2 ukiran. Dlm pukul 5.00 ptg pak supir sudah bawak kami pulang ke hotel. Kami berehat sebentar kemudian bersiap2 pi massage. 1jam 50k rupiah utk seluruh badan, di Nilakandy's Massage, yg tempatnya sangat berdekatan dgn hotel yang kita bermalam. Bestnya massage kat sini, masih teringat2 urutan di badan ni.Yg bestnya kat Bali ni melambak-lambak tempat urut badan ni, sediakan duit jer.Rugi jika x pi massage kalau datang bali, sebab harganya murah, dan mestila nk cuba urutan cara Bali, nk gak tahu best ke tidak.
Me dan Hubby kat sawah padi bertingkat.
Ukiran Patong Dewa Naga.
Di tempat menjual silver dan gold.
Masih di dlm tempat silver and gold.
Bersama perkerja2 di Nilakandy's.
Selesai saja kami pi mengurut, kami pi jalan2 cari makan. Lapar gak, last sekali mkn masa lunch kat Kintamani, so kira dah kelaparan dah ni, jalan punya jalan sampai ke hardrock bali, window sekejab, bersambung berjalan kaki lg sampai di tepi jalan pantai kuta. Dekat situ ada byk cafe, restoran, mcd gan kfc pun ada, n club pun ada byk.Dekat pantai Kuta ni memang ramai tul orang,bermcm bangsa ada kat sini.Sambil berjalan tu kita tgk gelagat orang2 kat sini, pun best jugak, ada yang menjaja makanan, ada yang menjual package utk diving ke dasar laut utk melihat ikan jerung sambil memberi ikan jerung mkn, dan yg paling byk penjual2 cenderamata.Dekat area ini juga ada byk money changer so x yah risau cuma harga dia x cantik sgt. Kami singgah kedai makan dekat area2 sini,semua dah lapar nasi, jadinya kita semua decide makan nasi padang. Kedai yg kita org pi mkn ni memang cekik darah tul, sekeping paru goreng yg dipotong kecik dia kira satu dlm rm2.00, ada la member kita ni ambik dekat 6 keping paru plus lauk lain yg dia ambik lg dah berbelas rm jadinya untuk nasi campur dimana kalau di Malaysia harganya dlm rm5.00 jer...nasi campur biasa tapi boleh pi mkn mcd. Dahsyat tul, so kena jaga2 klu ke sini, next time sblm nk mkn tanya dulu, sebab harga nya x munasabah, bukan nk berkira tapi sebab x logik. Mungkin diaorg nampak kita mcm org luar so diaorg pun sembelih la kan, tapi bukan semua kedai makan mcm tu kat sana, ada yang dah disediakan harga di dlm menu, terpulang kat kita yang membuat pilihan. Kat sini klu ditanya daging diaorg x tahu, diaorang panggil sapi, sotong pula dipanggil cumi. Di Bali ni byk restoran menyediakan babi guling, so becareful, kena tanya sama ada restoran tu ada jual benda ni x, dan cari restoran yg ada papan tanda menyediakan makanan muslim.
Seterusnya selepas kenyang, kita orang semua decide nk pergi club yang happening di area sini, sambil celebrate birthday member kita ni yg kebetulan jatuh pada mlm ketika kami disana.Tanpa tukar baju yang masing2 nya badan berbau minyak urut kami berjalan kaki hingga sampai di club VI AI PI di Jln Legian, x jauh pun dari hotel, sambil jalan sambil tu cuci mata sikit.Apabila masing2 dah agak lebam,dlm pukul 2 pagi semua decide nk blk hotel.Besok hari ketiga kami disini, jadinya plan utk esok adalah Free and Easy, terpulang kat diri masing2 nk buat apa. Kita decide nk shopping area sini dan jikalau berkesempatan kita nk pergi Denpasar utk mencari kain batik. Kenderaan utk orang awam ada byk, blh ambik teksi atau angkut2 so x yah nk risau.Klu suka nk naik keta kuda pun boleh,sebab ada byk keta kuda di area ini, sediakan ongkosnya saja.
Window shopping sebentar di Hard Rock Bali.
Di susur jalan dekat dgn pantai kuta.
Bergambar bersama podium dancer.
Bersambung - Me Cinta Bali - Hari Ketiga.
No comments:
Post a Comment