Thursday 24 March 2011

Me Cinta Bali - Hari keempat

    pemandangan di waktu mlm  di Jalan Singasari Kuta,Bali - belakang hotel yg kami menginap.

   Pemandangan yg diambil dr balcony bilik hotel.

                       Dewa bergetayangan di dlm bilik hotel, setiap bilik ada benda cenonet ni yg digantung di siling.
                       Pelik tapi benar, maybe utk hiasan.

Pejam celik pejam celik dah nk balik dah, makna nya sudah tiga malam kita di sini....sarapan pagi hari keempat kami disini juga sama seperti hari yg sebelumnya, hubby kita malas nk bersarapan sebab menu yg sama, kita tetap bersarapan supaya bertenaga, maklumlah nk perhabiskan rupiah yg masih ada di tangan ni, duit utk airport tax sudah awal2 lg diasingkan (klu x silap dlm rp150k). Flight lambat lg, dlm p ukul 5 ptg. Jadinya lepas check out pukul 1.30 tghari, kami simpan beg2 di lobby hotel, but sorang mesti kena jaga beg, kami bergerak memperhabiskan lg sekali baki duit yg masih ada. Oleh kerana kedai2 yg menjual pelbagai brg dekat dgn hotel maka senang utk kami bershopping dan x perlu merasa takut terlambat.


   alahai....

Cafe Bakung Sari.

Semua gambar diatas ni di  perkarangan Hotel Bakung Sari.Sebelum bergerak sempat gak kita ambik gambar di sini.

    Gambar yg ditangkap ketika sedang perhabiskan rupiah. Lepas ni nk balik KL dah. Will miss Bali.


Kami sememangnya sudah book pak supir utk memhantar kami semua ke airport, harga sudah x ingat but lebih murah daripada harga yg kami dapat masa tiba disini. Tepat pukul 3 ptg kami sudah bergerak ke airport. Sesudah check in beg, kami semua berjalan2 pula di sekitar airport, hai...maklumlah duit bawak satu guni, hairan gak naper x habis2 lg ni...hihihihi...gurau jer. Banyak juga kedai yg berjenama mewah di airport sini. Harganya setelah dikira boleh dikatakan sikit jer murah dari retail shop.





salah satu kedai ole2 yg terdapat di airport Bali.Harganya dua n tiga kali ganda dari kedai yg terdapat di area pantai kuta.


    masa ni, Intan x demam lagi, masa dia tido then kena.

Akhirnya sampai juga kita di LCCT selepas 3 jam berada di atas awan. My fren, intan demam pula,dia start rasa x sedap badan semasa naik di atas flight, alamak dahla tgh popular dgn penyakit H1N1, makanya dia ditahan  oleh jabatan kesihatan yg memang ada di pintu ketibaan utk memantau pelancong dan rakyat malaysia yg mempunyai suhu badan yg panas. Nasib Intan baik dia bukan positif H1N1, cuma demam biasa, selepas diberi suntikan, suhu badannya turun.Stephanie dgn Angie sempat lagi ke duty free disini,mau beli barang kasi hubby ma, lg ada olang kirim.  Kita blk ke KL ambik bas ke KL Sentral sampai sana kita ambik taxi, sama seperti kita pergi.

Bestnyerlah pi bercuti, walaupun byk berjalan kaki tapi badan rasa seperti tidak tahu rasa penat. Kita ke Bali ni budget agak ciput yg sebenarnya, tapi nasib baik duit tiket kapal terbang dan hotel memang dah dibayar awal2 lagi dua tiga bulan sebelum bercuti, me nya budget RM800.00  utk dua orang.,shopping,makan n transport semua termasuk..Cukup sajalah rasanya cerita pasal bali ni.....panjang2 sgt nanti org muntah darah lak baca kan...hihihihi...akhirnya tamat lah alkisah cuti ke bali ni. Me akan pi Bali lagi nanti, insyaallah.

 
 



No comments:

Post a Comment